Friday, February 3, 2012

herdik,cerdik?cerdik mengherdik?

Tragedi 1
Situasi : Berada di tengah -tengah kepompong manusia.


sifu : Eh kau! meh sini, diri sini je, aku nak tengok hasil kije kau!
kuli batak : err..err...tapi dari sini tak dapat view yang saya nak..
sifu : Ko paham bahasa tak? Aku cakap diri sini, diri je la...
kuli batak :  (buat ketupat dalam hati ~kau cipta publisiti murahan didepan orang ramai seyyy...~)

Tragedi 2
Situasi : Sedang menerima arahan melalui walkie-talkie.


sifu : Move to Right!
kuli batak : ok.
sifu : Move to Left!
kuli batak : ok.
sifu :  Move to Step!
kuli batak : ok.
sifu : Apsal hasil kije kau tak statik?
kuli batak : Bukan ker sifu yang suruh saya move,move,move?
sifu : Kau gopoh! tak statik!
kuli batak :  (rebus ketupat dalam hati ~macam nak rendam je walkie talkie nie dalam periuk lahaiii...~)

Tragedi 3
Situasi : di lokasi terakhir kerja gaji buta


sifu : Ko pegi explain kat client suruh die posing bla,bla,bla....explain sampai dorang say yes,paham?ko paham x?!
kuli batak : ok.


kuli batak : Mr. & Mrs my sifu nak you all posing camni,camni,camni pastu camni, bole?
client: Tak nak bole? Memalukan. Tak Reti. I bukan model. I posing sambil hisap rokok kat sini je bole?
kuli batak : Emmm...saya tanye sifu saya dulu k


kuli batak : Sifu, client kite enggan. Then they bla,blu,bli,blooo...


Suddenly, didepan Mr. & Mrs.,
sifu : Eh kuli batak, bukan kau ke yang nak dorang posing macam tuh? Kan idea kau? Aku tak kesah. Aku ok je. No hal la. Idea ko la nie menyusahkan je!!
kuli batak : Idea saya?
sifu : Yela, kau yang create kan tadi? Kau jangan tak mengaku pulak?!
kuli batak :  (potong & lenyek-lenyek ketupat dalam hati ~pe jadahnyer tunding aku plak weyy! berbulu taik lalat muka haku nie~)


TandaPerluTanya  : Mestikah kite mengherdik untuk menjadikan seseorang itu cerdik? dan mestikah yang cerdik itu mengajar dengan mengherdik?


>durjana makannye apabila aib dijatuhkan bersaksi kepompong manusia<

Tuesday, January 10, 2012

Anjakan Paradigma

2012. Memerlukan sesuatu yang tidak bocor untuk membiarkan langkah tidak kotor . Mengenggam mata hati biar tidak terus menjadi mati. Menyimpan kunci kata supaya tidak maju meluncur nista.




>Sesuatu yang baru itu rupanya sangat takut untuk dihadapi.<